Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi SMK Seksyen 9 , Nooraini Ahmad berkata, tujuan projek tersebut adalah menyuntik semangat kecintaan kepada tanah air melalui lukisan poster.

“Masa yang diambil oleh para pelajar untuk menyiapkan projek itu adalah lima hari bermula pukul 7.30 pagi hingga 1.30 petang.

“Kos menyiapkan poster ini adalah RM200 untuk membeli kertas, warna air, plastik dan lain-lain lagi,” katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, poster tersebut kemudiannya digantung di laluan pejalan kaki dalam kawasan sekolah.- UTUSAN ONLINE