Pegawai Eksekutif Pemasaran pusat beli-belah tersebut, Harmizal Omar berkata, kesemua kanak-kanak berkenaan pada masa ini sedang mengikuti program latihan di bawah Kenari Kid Hicom-Honda.

"Ini satu cara terbaik untuk menaikkan imej pemain bola sepak di daerah Kuala Muda yang dilatih oleh pihak Kenari Kid Hicom-Honda ini," katanya dalam satu majlis di sini.

Yang turut hadir Pengurus Pusat Beli-belah Central Square, Loong Jee Yung dan Pengasas Kenari Kid Hicom-Honda Kedah, Datuk Ahmad Shafie.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Yusuri Yusuf ketika berucap merasmikan majlis itu berkata, para pemain yang terpilih dari 13 buah daerah di negeri ini seharusnya merasa bertuah kerana tidak semua berpeluang mendapat kemudahan seperti mana dinikmati mereka.

"Oleh itu, saya berharap mereka yang terpilih (Hicom-Honda) bermain bola sepak dengan semangat untuk mencapai kemenangan dalam setiap kali perlawanan," katanya. - UTUSAN ONLINE