Aktiviti membabitkan penuntut Kursus Pengajian Malaysia 2016/Disember Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (Pupuk) Kuin dan syarikat Attitude Training and Consultancy.

Penasihat program, Hadijah Johari berkata, program bertemakan Skor A itu melibatkan 156 murid tahun enam dan 60 mahasiswa Kuin.

“Program bermula seawal pukul 8 pagi hingga 6 petang de­ngan empat slot pengisian antaranya langkah pelajar cemerlang, rahsia pelajar cemerlang, super student dan pelan kejayaan.

“Pengisian bukan sahaja di­isi dengan sesi ceramah tetapi dimantapkan lagi dengan sesi latihan dalam kumpulan. Program berlangsung dengan jayanya dan dicadangkan untuk disambung de­ngan siri kedua yang akan diadakan di kawasan kampus,” katanya.

Katanya, program diakhiri de­ngan slot promosi program pe­ngajian di Kuin khususnya Program Pengajian Asasi yang baru melancarkan Skim Pendidikan Percuma melalui Derma Siswa Negeri Kedah bagi kemasukan April 2017.