AMINOLHUDA HASSAN
AMINOLHUDA HASSAN 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, terdapat peningkatan bagi perbandingan keseluruhan antara tahun 2018 dan tahun sebelumnya. 

Katanya, calon yang mendapat Mumtaz meningkat sebanyak 1.02 peratus iaitu seramai 19 calon berbanding 12 tahun sebelumnya. 

"Sementara yang mendapat Jayid Jiddan pula meningkat 2.07 peratus kepada 57 calon berbanding 38 pada tahun sebelumnya. 

"Secara keseluruhannya keputusan STAM 2018 ini menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian tahun 2017," ujarnya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di Madrasah Alattas Alarabiah di Ulu Tiram, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE