Kesemua kanak-kanak terbabit yang dibawa menaiki pengangkutan awam itu bermula dari Stesen Padang Jawa di sini ke Stesen Pelabuhan Klang, hari ini. 


Koordinator Pembangunan Persekutuan DUN Batu Tiga, Datuk Abdul Rahim Mat Shah berkata, tujuan pihaknya membawa kanak-kanak Tabika menaiki Komuter itu adalah untuk mendedahkan kepada mereka kemajuan yang dicapai negara ini dalam tempoh 60 tahun selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 


“Program ini kita adakan demi menanam semangat cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak yang berada di Tabika KEMAS di kawasan DUN Batu Tiga. 


“Dengan cara ini, kanak-kanak ini dapat memahami bahawa Malaysia sedang bergerak ke arah permodenan pada pasa depan,” katanya yang turut membawa kanak-kanak terbabit melawat Jeti Barter Trade Syarikat Asa Niaga Sdn. Bhd. di Pelabuhan Klang. 


Tambah Abdul Rahim, sebanyak tiga koc Komuter diperlukan untuk membawa kesemua kanak-kanak tabika itu yang turut diiringi para ibu bapa dan guru. - UTUSAN ONLINE.