Majlis perasmian program tersebut disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Menurut Megat Zulkarnain,  program tersebut merupakan acara tahunan yang menghimpunkan ahli daripada 22 persatuan tarian naga dari seluruh negara.

“Acara seperti ini tidak mungkin dapat dilihat di negara lain di mana pertubuhan tarian naga dan singa Malaysia mengadakan persembahan kebudayaan dan ia melambangkan perpaduan masyarakat berbilang kaum yang turut menyertai tarian ini.

“Keindahan budaya pelbagai kaum ini tidak boleh ditemukan di mana-mana dan untuk itu marilah kita rakyat Malaysia sama-sama mempertahankan kerukunan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum demi kemakmuran negara,” katanya ketika berucap merasmikan majlis makan malam itu sebentar tadi.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Tarian Singa dan Naga Melaka, Datuk Gan Boon Leong dan timbalannya, Datuk Gan Tian Loo.  - UTUSAN ONLINE