Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

269 calon dapat semua A di Pahang

SPM di Pahang
ROSDI Ismail (empat dari kiri) menyampaikan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada seorang pelajar cemerlang, Nur Syarafana Atira Mohamad Shaari, 18, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Kuantan,hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUANTAN 16 Mac - Seramai 269 pelajar atau 1.14 peratus daripada 18,988 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini memperoleh semua A iaitu A+, A dan A- dalam keputusan peperiksaan itu yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, jumlah itu menurun berbanding 306 calon yang memperoleh keputusan sama untuk 2015.

“Bagaimanapun, Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat sebanyak 0.06 kepada 4.88 berbanding 4.94 pada tahun sebelumnya.

“Pada keseluruhannya, pencapaian sekolah yang mendapat 100 peratus layak mendapat sijil ialah sebanyak 31 buah,” katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain