Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, melalui geran berkenaan, kumpulan itu akan mengikuti pengajian diploma dalam pelbagai bidang selama dua tahun setengah.

Menurutnya, kolej berkenaan yang mempunyai kekuatan dalam bidang sains, kejurutera­an dan teknologi juga akan memantau perkembangan kumpulan pelajar itu.

“Kolej ini telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar sebelum ini dengan menawarkan program pengajian jangka pendek kepada pelajar negara -negara membangun di Afrika.

“Saya yakin usaha ini akan menjadi platfrom terbaik kepada kumpulan pelajar yang menerima geran biasiswa pada hari ini untuk mencapai cita-cita mereka,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar.berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah dan penyerahan geran bisiswa berkenaan di sini hari ini.

Program anjuran bersama Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Pelajar Malaysia (YPKPM) dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas itu turut memberi bantuan peralatan persekolahan kepada 100 murid dari 11 buah sekolah di kawasan berkenaan.

Yang turut hadir, Presiden YPKPM, Datuk Dr. Saharuddin Awang Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IEWM , Dr. Mohd. Syazwan Abdullah.

Antara sekolah terlibat termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mertajam; SK Bumbung Lima; SK Permatang Sintok dan SK Bertam Perdana.

Sementara itu, Reezal Merican berharap kumpulan pelajar yang mene­rima biasiswa berkenaan akan menggunakan peluang tersebut sebaiknya.

“Mereka akan mengikuti program pengajian yang memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dan ini akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar kelak,” katanya.