Para graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di samping Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik itu diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 di Hotel Primula di sini.

Daripada jumlah tersebut,  sera.ai 69 orang merupakan lepasan bagi sesi Jun 2016 diikuti 130 orang lagi sesi Disember tahun sama.

Majlis perasmian konvokesyen  disempurnakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif, Jasa Merin (Malaysia) Sdn. Bhd., Abdul Rahman Ali.

Yang hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Saifuddin Kumar Abdullah; Pengarah PKT, Radiah Che Su dan Timbalan Pengarah Akademik PKT, Mohd. Rusmi Abd. Ghani. -UTUSAN ONLINE