Majlis penyampaian bantuan elaun itu diadakan di Dewan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Barat di Kuala Sungai Baru dekat sini dan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman.

Menurut Ismail, kesemua bantuan itu berjumlah keseluruhan  RM54,900 dan diharap dapat membantu meringankan beban golongan nelayan di kawasan ini.

Sebelum ini, sebanyak 182 nelayan di kawasan Jasin dam 415 nelayan dari kawasan Melaka Tengah menerima bantuan elaun sara hidup masing-masing.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Rosli Mustapa; Pengerusi PNK Melaka Barat, Samsudin Abu Bakar dan Pengurus PNK Melaka Barat, Sukri Abadi Yusoff.  - UTUSAN ONLINE