Pengarah program, Mohd Ikmaal Jamaluddin berkata, penganjuran persidangan tanpa henti itu dianggap sebagai simbolik komitmen mahasiswa untuk berfikir secara rasional sepanjang masa.

Katanya, program yang bertemakan Cetuskan Fenomena bermula pukul 3.33 petang, Jumaat lalu dan berakhir pada waktu yang sama pada Sabtu.

"Seramai 150 pendebat terdiri daripada mahasiswa pelbagai fakulti dan kelab pelajar USIM dan institusi pengajian tinggi lain, sekolah menengah serta peserta Debat Naib Canselor 2017 telah berjaya mengikuti program ini.

“Sebanyak 27 pusingan perdebatan dapat dijalankan sehingga selesai dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab,” katanya.

Ikmaal berkata, program yang julung kali diadakan itu menjadi platform intelektual untuk mahasiswa berkongsi pandangan dan pemikiran mengenai pelbagai topik yang didebatkan.

Sementara itu, Penasihat Kelab Debat USIM, Mohd. Zaini Othman berkata, penganjuran persida­ngan itu bukan bertujuan sebagai persiapan awal untuk menandi­ngi mana-mana rekod perdebatan tanpa henti yang pernah dicipta dan diiktiraf secara rasmi, sebaliknya hanya mempromosikan intipati dan seni ilmu perdebatan.