“Objektif program ialah untuk memberi akses pendidikan serta kelas tambahan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.


“Melalui usaha ini, para pelajar akan mendapat bimbingan dan perkongsian ilmu daripada guru-guru pakar bagi mata pelajaran yang ditawarkan selain berkongsi tips serta teknik belajar menerusi pendekatan mentor dan mentee. 


“Maka, dengan pelaksanaan program ini, kita harapkan para pelajar yang terlibat dapat meningkatkan pencapaian mereka di tahap cemerlang dalam SPM nanti,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Program Tuisyen Rakyat@KKLW-YPM 2017 Peringkat Parlimen Sabak Bernam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Aziz, di sini. 


Perasmian program itu disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Zahida Zarik Khan dan disaksikan Timbalan Koordinator Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak, Nazam Azhari Md. Yasin serta pakar motivasi, Syamsul Amri Ismail. - UTUSAN ONLINE.