Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

122 SJKC terima RM7.2 juta baiki infrastruktur

JOHOR BAHRU 2 Mac – Sebanyak 122 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini menerima peruntukan kira-kira RM7.2 juta pada tahun ini bagi membiayai kos penyelenggaraan.

CHONG SIN WOON

Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, bantuan khas tersebut akan memboleh­kan sekolah terbabit menyediakan prasarana yang lebih selesa dan selamat kepada murid.

“Peruntukan khas ini perlulah dihabiskan dalam tempoh tiga bulan bagi tujuan penyelenggaraan di sekolah masing-masing.

“Ini kerana sebanyak RM50 juta lagi akan disalurkan tahun ini bagi menyediakan prasarana yang baik dan kementerian memerlukan laporan ini secepat mungkin bagi mengenal pasti keperluan di setiap sekolah,” katanya dalam majlis penyerahan cek peruntukan khas kepada SJKC di Johor di Dewan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, di sini baru-baru ini.

Dalam perkemba­ngan berkaitan, Sin Woon mem­-
beritahu, Kemente­rian Pendidikan memperuntukkan RM565 juta kepada SJKC di seluruh negara sejak 2009 hingga kini.

Menurutnya, peruntukkan khusus bagi membiayai kos penyelenggaraan tersebut telah diagih-agihkan kepada 884 SJKC berstatus sekolah bantuan kerajaan (SBK).

“Sejak bantuan khas ini diwujudkan, ia memberi manfaat jauh lebih baik dengan prasarana yang lebih sempurna. Tiada lagi aduan bumbung bocor, tandas tersumbat, bangunan tidak selamat dan masalah berkaitan dengannya.

“Malah pada tahun ini, tujuh SJKC di sini memilih untuk me­nerima peruntukan dan telah memenuhi keperluan mereka, sekali gus membuktikan kerajaan prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan SJKC tidak seperti dakwaan pembangkang,” katanya.

Sin Woon berkata, salah sebuah sekolah tersebut ialah SJKC Chung Hwa, Asahan yang mana bangunannya dilaporkan tidak selamat diduduki, namun masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan wang peruntukan berkenaan.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain