Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi bersepadu itu dilakukan ke atas beberapa premis, antaranya restoran 24 jam, premis hiburan dan rumah kongsi.

“Dalam operasi yang dijalankan hingga pukul 2.30 pagi itu, seramai 313 individu diperiksa melibatkan 238 lelaki dan 75 wanita dengan 105 daripada mereka ditahan.

“Suspek berusia antara 19 hingga 50-an ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1969, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbardi Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE