Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,459 calon dapat semua A di Selangor

SPM di Selangor
SALLEH Kassim (baju kuning) bergambar bersama pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 hari ini. - UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM 16 Mac - Seramai 1,459 pelajar di negeri ini mencatat keputusan gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pula muncul telah sekolah bandar paling cemerlang, manakala Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak dinobatkan sekolah paling cemerlang kategori luar bandar.

Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, jumlah pelajar mendapat semua A itu sedikit menurun berbanding tahun lalu yang merekodkan seramai 1,629 orang calon.

“Daripada 1,459 orang calon yang mendapat semua Gred A dalam semua mata pelajaran, 21 orang telah mendapat Gred A+ dalam kesemua mata pelajaran,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2016 bagi Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain