Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiada kelonggaran syarat Bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam - TPM

ZAHID HAMIDI

PUTRAJAYA 5 Julai - Kabinet menetapkan tiada kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Kabinet memutuskan kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 ditarik balik.

Katanya lagi, Akta Perubatan 1972 akan dipinda untuk mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan selama dua tahun selepas tamat latihan amali perubatan dan memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu.

"Jemaah Menteri komited untuk mempertahankan Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi Persekutuan iaitu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mempengerusikan  Mesyuarat Kabinet hari ini yang antaranya membincangkan isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu dalam lantikan kontrak Pegawai Perubatan yang menimbulkan polemik dan bantahan umum. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain