Majlis pelepasan pejalan kaki solo Program Kelulut Walk 2016 itu dilakukan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan di Kompleks Pentadbiran daerah di sini.

Jarak perjalanan yang perlu ditempuh oleh juruteknik berusia 54 tahun itu dari Port Dickson ke Bagan Lalang ialah sejauh 42.8 km.

Pengamal madu kelulut itu dijangka disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar apabila tiba di Bagan Lalang pada petang ini.

Sabri memulakan misi berjalan kaki di 14 buah negeri bermula dari Taman Botani Negara Shah Alam pada 8 Oktober lalu dan akan berakhir di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Program yang bertujuan mempromosi khasiat madu kelulut itu diadakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang berlangsung di MAEPS mulai hari ini hingga 11 Disember. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ABD. RAZAK AID