Jelas Hafiz tempoh tersebut dia lebih selesa memberi tumpuan kepada keluarganya, malah lebih membahagiakan Hafiz juga bakal bergelar ayah tidak lama lagi.

Buat peminat juga ada buah tangan baharu daripada penyanyi hebat ini apabila single berjudul Kejar bakal dilancarkan pada Ogos depan.

Bercakap kepada Utusan Online, Hafiz memberitahu Kejar adalah eksperimen terkininya dalam memberi kelainan kepada peminat di luar sana.

Jom kita dengar apa kata Hafiz dalam temu ramah dengan Utusan Malaysia sebentar tadi.-UTUSAN ONLINE