Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. M. Iqbal Saripan berkata, aplikasi pengenalan diri di telefon pintar bagi pengguna Android dan IOS serta laman web itu mengandungi semua maklumat pengenalan seperti nama, gambar dan nombor pengenalan pelajar.

"Warga UPM akan menggunakan kod QR yang dimiliki dalam telefon pintar masing-masing bagi menguruskan pengenalan diri semasa menggunakan semua kemudahan di kampus seperti dewan kuliah, perpustakaan, pergerakan bas dan sebagainya. 

"Dalam menjadikan UPM sebuah kampus digital, kami akan memperkembang lagi untuk semua kegunaan seperti pembelian, urusan kolej, kehadiran kelas dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris. - UTUSAN ONLINE