Upacara menandatangani kerjasama itu dilakukan selepas majlis perasmian Seminar Institusi Raja Ke-Lima (SIRaj V) oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor Unimap berkenaan menyaksikan perjanjian tersebut yang ditandatangani oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal manakala UIN Alauddin Makassar diwakili Rektornya, Prof. Dr. Musafir Prababbari.

Perjanjian tersebut bagi membolehkan kedua-dua pihak menjalin kerjasama yang akan membabitkan pertukaran pelajar dan juga kajian penyelidikan.

Pada tahun ini, Unimap juga buat julung kali menganjurkan SIRaj V melalui Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) nya di luar Malaysia apabila bekerjasama dengan UIN Alauddin Makassar selama dua hari mulai semalam. - UTUSAN ONLINE