Zulkhibri Mohammed, 43, yang ketika itu sedang berjoging di Seksyen U5, di sini berkata, dia tidak dapat melihat dengan jelas reptilia tersebut kerana suasana masih gelap selain hujan renyai-renyai.

"Hanya setelah tiba dekat baharu saya sedar objek yang disangkakan dahan kayu itu rupanya seekor ular sawa tetapi saya bernasib baik kerana reptilia itu tidak agresif.

"Namun, bimbing jika ular sawa itu mengancam keselamatan orang ramai yang sering berjoging di sini saya kemudiannya menghubungi pihak berwajib," katanya.

Dalam pada Pegawai Pertahanan Awam, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Klang, Kapten Shairul Azril Zainal berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.43 pagi.

"Tiga anggota ke arahkan ke lokasi dan berjaya menangkap ular sawa tersebut yang dalam kekenyangan dipercayai baharu membaham mangsanya," jelasnya.

Beliau pada masa yang sama menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berhadapan dengan reptilia, khususnya yang berbisa dan perlu sentiasa menghubungi talian kecemasan untuk tindakan.