Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim kepada Ariffin di Dewan Utama,  Pusat Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak dekat sini hari ini.

Ariffin dianugerahkan Ijazah Kehormat tersebut sebagai salah satu tanda penghargaan pihak universiti kerana beliau banyak menyumbang jasa serta penambahbaikan dalam sistem perundangan negara.

Seramai 5,165 graduan akan diraikan pada majlis konvokesyen itu yang dijadualkan berlangsung sebanyak enam sidang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Bagi sidang satu yang berlangsung pada hari ini, seramai 358 pelajar terdiri daripada graduan Doktor Falsafah (Phd)  serta Sarjana. -UTUSAN ONLINE.