Bagi seorang penduduk di sini, Abd. Rani Umur, dia mahu calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Cameron Highlands melawat dan melihat sendiri bagaimana kesusahan golongan veteran terutama mereka yang pernah berkhidmat sebagai pejuang negara.

Beliau berusia 92 tahun berkata, ramai golongan yang sudah berusia di sini terdiri daripada pesara tentera dan polis.

"Kami sangat berharap calon datang jenguklah kami, bertanya khabar dan dengar masalah yang dihadapi.

“Andai menang nanti, selesaikan semua masalah tersebut kerana ini adalah rintihan rakyat, bukannya datang sekadar raih sokongan selepas itu senyap sehinggalah Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE