Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, parti tersebut kini kehilangan seorang pemimpin yang berpengaruh dipercayai kerana kerjasama antara dua parti Melayu tersebut.

“Saya secara lantang sudah mengingatkan parti berhubung kerjasama dengan Pas. Dan saya sudah menjangkakan ada ahli parti akan memberontak.

“Sekarang kita sudah kehilangan orang yang berpengaruh dalam parti. Seorang yang bijak dan baik. Sekarang keputusan di tangan anda, Presiden,” katanya di laman Twitter miliknya hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mustapa yang mengumumkan keluar parti selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk UMNO.

Mustapa berkata, keputusannya itu susulan hala tuju UMNO pada masa kini tidak selari dengan perjuangannya. - UTUSAN ONLINE