AHMAD RAZIF
AHMAD RAZIF

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, langkah itu terus diambil bagi kepentingan anak negeri ketika Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghadkan penghantaran pelajar.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan keseluruhan jumlah pelajar yang berpeluang mendapat tajaan pada tahun ini namun menegaskan, keutamaan diberikan kepada para pelajar cemerlang daripada keluarga miskin.

"Kita ingin jelaskan bahawa Terengganu bukan tidak hantar pelajar ke luar negara, kita tetap teruskan tetapi kita terpaksa kurangkan kerana masalah kewangan," katanya.

Ahmad Razif menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu ke Jerman 2017 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai lima pelajar cemerlang menerima wang pendahuluan diri berjumlah RM36,000 setiap seorang .

Mereka terdiri daripada Ahmad Azharul Azri Amri, Ahmad Nizam Najmi Abd. Wahab, Amerul Atiq Yahaya, Abdul Latif Said dan Mahirah Hanim Abdul Rahim yang memperolehi keputusan cemerlang dalam A-Level di German Malaysia Institute (GMI).

Ahmad Razif seterusnya berkata, wang pendahuluan diri itu diberikan bagi keperluan menjalani kursus bahasa Jerman selama enam bulan di Jerman sebelum meneruskan pengajian  di peringkat ijazah dalam jurusan kejuruteraan. - UTUSAN ONLINE