Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada pukul 12.30 tengah hari itu disambut Naib Pengerusi Eksekutif IWH Group, Tan Sri Lim Kang Ho. 

Tuanku turut berkenan menggaul yee sang sebagai simbolik meraikan kedatangan tahun baharu dalam kalendar Cina bersama-sama tetamu kehormat lain. 

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar. 

Turut diraikan dalam majlis tersebut penginap beberapa pusat kebajikan sekitar negeri ini antaranya Pusat Kebajikan Kalvari Johor dan Persatuan Kebajikan Jagaan Warga Tua Ehsan Johor Bahru. - UTUSAN ONLINE