SHAH ALAM 28 Feb. - Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 di negeri ini menunjukkan peningkatan apabila Gred Purata Negeri (GPN) meningkat kepada 2.66 berbanding 2.58 pada tahun lalu.
![]() |
MOHD. SALLEH MOHD. KASSIM
|
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, selain peningkatan itu, sebanyak 48 calon didapati berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 berbanding 40 calon pada tahun sebelumnya.
"Selain itu, bagi tahun ini, bilangan sekolah yang lulus sepenuhnya juga mencatatkan peningkatan sebanyak enam buah sekolah daripada 20 sekolah pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE