Pengarah Pendidikan negeri, Rakayah Madon berkata, pencapaian tersebut sangat memuaskan bagi 5,290 calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM pada tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, seramai 13 calon atau 0.27 peratus memperoleh lulus penuh dalam lima mata pelajaran, 3,075 calon (64.47 peratus) lulus penuh dalam empat mata pelajaran dan 817 calon (17.13 peratus ) lulus penuh dalam tiga mata pelajaran.

"Selebihnya, 455 calon (9.54 peratus) lulus penuh dalam dua mata pelajaran manakala 320 calon (6.71 peratus) lulus penuh dalam satu mata pelajaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE