Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sudah pun memberikan notis berpindah lebih awal dan pada masa sama kerajaan negeri tidak harus dipersalahkan kerana tidak terlibat dalam urusan perpindahan sekolah itu.

"Difahamkan juga (sekolah tersebut) banyak masalah dan tidak tepati (perjanjian dengan MAIJ)," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Prihatin Masyarakat Yayasan Sultanah Fatimah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Johor Jaya, di sini sebentar tadi.

Isu mengenai perpindahan tersebut menjadi viral minggu ini selepas pihak sekolah berkenaan menjalankan kempen atau petisyen mengumpul tanda tangan supaya orang ramai supaya sekolah itu tidak dipindahkan.

Sebelum ini MAIJ memberikan notis untuk mengosongkan tanah tersebut pada tahun lalu untuk memberi laluan kepada Perbadanan Islam Johor (PIJ) membina sebuah kondominium di atas tapak sekolah berkenaan.

Bagaimanapun pihak sekolah memohon tempoh itu dipanjangkan tiga hingga lima tahun lagi untuk mencari lokasi baharu sebelum diserahkan kepada PIJ sepanuhnya untuk projek tersebut. - UTUSAN ONLINE