Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, mereka yang terpilih untuk menyertai skim tersebut hanya perlu mengeluarkan separuh daripada jumlah perbelanjaan sebenar kos untuk menunaikan umrah.

ABDUL KARIM MUSTAFA
ABDUL KARIM MUSTAFA

Beliau berkata, tahun ini merupakan kali kedua program tersebut dianjurkan dan pihaknya menyasarkan sebanyak 20 kakitangan akan menyertainya, edisi pertama pada tahun lalu melibatkan empat kakitangan YPM.

“Mereka yang mengikuti program ini akan ditaja sebahagian daripada bayaran untuk pakej menunaikan umrah. Kita akan menilai kemampuan mereka terlebih dahulu dan kebiasaannya kakitangan sokongan akan diberikan keutamaan.

“Skim ini merupakan tanda keprihatinan dan juga penghargaan YPM kepada kakitangan. Saya berharap skim ini akan mendapat sambutan yang baik pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Keluarga YPM di Taman Wetland di sini hari ini.

Sambutan Hari Keluarga YPM itu dimeriahkan dengan kehadiran hampir 200 kakitangan bersama ahli keluarga masing-masing.

Menurut Abdul Karim, pihaknya akan menjadikan skim umrah itu sebagai acara tahunan bagi membolehkan semua kakitangannya menunaikan umrah pada masa akan datang.

Terdahulu, Abdul Karim turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap agensi media sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dalam memberi liputan kepada program anjuran YPM. -UTUSAN ONLINE