WAN AZIZAH
WAN AZIZAH

Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan supaya amal ibadah dilaksanakan dengan penuh istiqamah sepanjang bulan ini supaya dapat menyucikan jiwa sekali gus mendapat keampunan serta pembebasan daripada api neraka.

Beliau juga mendoakan supaya di akhir Ramadan nanti, umat Islam di negara ini menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa.

“Insan yang mengajukan kepada kebaikan dan menegakkan keadilan supaya negara ini dan rakyatnya lebih makmur serta sejahtera.

“Saya ucapkan selamat menyambut Ramadan Kareem kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di serata dunia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE