Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dalam kenyataan, berkata baginda juga berkenan memberi titah pada perhimpunan itu yang dinamakan ‘Program Raja Memimpin Umat: Isu Palestin’.

Beliau berkata sempena perhimpunan itu, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyampaikan khutbah Jumaat khas mengenai perjuangan rakyat Palestin.

Katanya perhimpunan itu diadakan sebagai tanda bantahan ekoran tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

Orang ramai dijemput hadir pada perhimpunan tersebut sebagai tanda sokongan dan simpati terhadap apa dialami serta dirasai rakyat Palestin, katanya. - BERNAMA