Ketua Polis Johor
MOHD. KHALIL KADER MOHD.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 44 tahun itu ditahan kerana terbabit pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham dalam kalangan mereka.

Beliau berkata, polis melakukan tangkapan pertama dengan menahan empat lelaki berusia lingkungan 29 hingga 44 tahun pada pukul 3.45 pagi.

"Hasil soal siasat yang dilakukan, mereka mengaku terlibat pergaduhan yang berpunca daripada perselisihan faham.

"Pada hari yang sama, polis turut menahan sembilan suspek lain berusia 15 hingga 37 tahun kira-kira pukul 2 petang di sekitar kawasan Batu Pahat bagi siasatan kes pergaduhan itu," katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana terbabit rusuhan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. - UTUSAN ONLINE