Ketibaan Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid awal pagi tadi disambut Gabenor Riyadh, Putera Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al-Saud.

"Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Riyadh untuk lawatan kerja sebentar tadi dan disambut oleh Putera Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al Saud, Gabenor Riyadh," katanya menerusi akaun Twitternya awal pagi tadi.

Perdana Menteri tiba di sini bagi memulakan lawatan lima hari bermula hari ini hingga 12 Januari atas jemputan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Ketika lawatan ke negara itu, Najib dijadual menghadap Raja Salman dan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud di Riyadh. - UTUSAN ONLINE