Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penyanyi Wan Shades tarik balik saman terhadap pemilik Rotikaya.com

Penyanyi kumpulan Shades saman pemilik blog tuntut RM1 juta
UTUSAN ONLINE/GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyanyi utama kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd. Ali atau lebih dikenali sebagai Wan Shades hari ini menarik balik saman RM1 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com yang didakwa memfitnahnya sebagai suspek kes rogol anak tiri.

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan permohonan Mohamad Faizal menarik balik saman itu dengan kos RM3,500 atas alasan isu teknikal undang-undang dengan kebebasan memfailkan semula tuntutan baharu. 

Pada 31 Mac tahu lalu. Mohamad Faizal, 43, selaku pihak plaintif menamakan Nor Hamzie Md. Hambali sebagai pihak defendan dengan mendakwa artikel yang disiarkan pada 20 Februari 2012 dalam blog tersebut telah mencemar namanya ekoran didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram. - UTUSAN ONLINE 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain