Naran berkata, beliau membuat laporan itu kerana percaya mesej berkenaan merupakan fitnah dan tohmahan palsu yang boleh menggugat keselamatan serta keharmonian kaum di negara ini.

"Semalam, kira-kira pukul 8 malam, semasa saya berada di rumah, saya telah menerima mesej whatsapp daripada rakan saya. Mesej itu mendakwa Timbalan Perdana Menteri telah memberikan 60 peratus gerai jualan untuk Hari Thaipusam kepada orang Melayu sementara 20 peratus lagi masing-masing untuk kaum Cina dan India," katanya di sini hari ini.

Mesej tersebut turut mendakwa kaum India hanya dibenarkan mendirikan gerai berhampiran kuil sedangkan kaum Melayu diberikan berniaga berhampiran jalan utama dan menggesa boikot dilakukan terhadap sebarang jualan oleh peniaga Melayu dan Cina. - UTUSAN ONLINE