Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pencapaian STPM terbaik

Muhammad Zahari Othman menunjukkan keputusan STPM 2016 yanh diumumkan di Kota Bharu hari ini.
Muhammad Zahari Othman menunjukkan keputusan STPM 2016 yanh diumumkan di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 28 Feb. - Sebanyak 43 daripada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 di negeri ini memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 berbanding 23 calon, tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Muhamad Zahari Othman berkata, pencapaian itu merupakan yang terbaik setakat ini.

Beliau berkata, sebanyak 1,467 calon mendapat  PNGK 3 ke atas berbanding 1,252 orang pada tahun lalu.

"Daripada 3,556 calon dari sekolah kerajaan yang menduduki STPM 2016, seramai 43 calon mendapat PNGK 4 iaitu peningkatan sebanyak 20 calon daripada tahun sebelum ini.

"Daripada 43 calon tersebut, seramai 30 calon memperolehi semua A  dengan PNGK 4, manakala 13 lagi calon memperoleh 4A dengan PNGK 4.0 daripada lima mata pelajaran yang didudukinya," katanya dalam sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Bunga Raya di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di sini hari ini.

Muhamad Zahari berkata, untuk tahun ini, sebanyak dua buah sekolah di negeri ini telah dipilih dan dianugerahkan dalam kalangan 10 sekolah terbaik di peringkat nasional.

"Dua sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri, Kota Bharu dan SMK Sultan Ismail 2, Pasir Mas," katanya.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain