aib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Prof. Datuk Seri Dr. Mustafa Ishak

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Seri Dr. Mustafa Ishak ketika mengumumkan keputusan itu berkata, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional telah mencatatkan peningkatan dari 2.65 pada STPM 2015 kepada 2.71 pada STPM 2016.

Katanya, PNGK calon sekolah kerajaan juga didapati mengatasi PNGK nasional iaitu 2.72.

"Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 atau four flat daripada  keseluruhan calon yang hadir dalam STPM 2016 telah bertambah daripada 335 calon atau 0.80 peratus kepada 565 calon atau 1.31 peratus, iaitu meningkat sebanyak 0.51 peratus berbanding STPM 2015," katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2016 di sini hari ini.

Sebanyak 43,235 calon telah menduduki STPM 2016. - UTUSAN ONLINE