Bekas Perdana Menteri itu berkata, kemungkinan besar penarafan kredit negara juga akan dipengaruhi.

“Inilah dia hasil kecekapan menguruskan kewangan negara, dan langkah-langkah bijak yang diambil dalam Belanjawan 2019 seperti menjarah Petronas untuk bayar dividen tinggi bagi tampung kekurangan hasil,” katanya melalui laman Facebook beliau, malam ini.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan tentang apa yang bakal berlaku sekiranya harga minyak jatuh di pasaran dunia memandangkan penilaian negatif yang diberikan terhadap Petronas berlaku dalam situasi harga minyak tinggi dan stabil. 

Bekas Menteri Kewangan itu seterusnya mempersoalkan sama ada Malaysia mempunyai penampan sekiranya berlaku krisis harga minyak sekali lagi.

Sebagai perbandingan, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak dengan mempelbagaikan sumber, selaras dengan keperluan semasa dan sejajar dengan arus perkembangan ekonomi dunia.

“Tetapi kerajaan PH nak kembali ke zaman lama pula. Tak pernah dibuat orang,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE