Dalam masa sama, kejohanan yang julung kali diadakan itu juga dijadikan platform terbaik untuk sayap parti itu mendekati pengundi melalui medium sukan tersebut yang sememangnya menjadi kegemaran atau trend golongan muda masa kini.

Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, kejohanan yang berlangsung selama dua hari berakhir malam tadi itu mendapat penyertaaan cukup hebat daripada peserta seluruh negeri.

“Di peringkat UMNO sebelum ini, kita banyak menganjurkan kejohanan sukan dalam usaha mendekati pengundi muda namun ia tidak meliputi semua kaum.

“Melalui kejohanan snuker ini, kita dapat lihat begitu ramai peserta dalam kalangan bukan Melayu yang menyertainya dan secara tidak langsung kita berpeluang mendekati mereka,” katanya ketika ditemui selepas kejohanan tersebut.

Pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat amatur dan profesional itu masing-masing dimenangi oleh Mohd. Fazrim Abd. Razak dan

Mohd. Shaipuddin Abdul Hamid.

Kedua peserta tersebut yang mengungguli tempat pertama bagi setiap kategori yang dipertandingkan itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan piala iringan.

Sementara itu, Syed Atif yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri berkata, kejohanan tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan selepas melihat sambutan yang cukup mengalakkan. - UTUSAN ONLINE