Ia berikutan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang membenarkan permohonan 
kerajaan dan Kumpulan 1MDB untuk meminda perintah sebelum ini yang hanya membenarkan pembeli berpotensi berunding dengan broker yang dilantik.

Peguam Jeremy Joseph yang mewakili 
kerajaan dan Kumpulan 1MDB memaklumkan Burgess yang merupakan firma broker antarabangsa dan menguruskan penjualan kapal layar mewah tersebut masih kekal menjadi agensi broker pusat bagi urusan jualan

Pada 13 Disember tahun lalu, mahkamah sama membenarkan kapal mewah Equanimity dijual pada harga tidak kurang daripada AS$130 juta (RM543 juta), iaitu separuh daripada harga asalnya yang bernilai AS$250 juta (RM1 bilion).

Harga itu ditetapkan selepas kapal berkenaan dinilai oleh syarikat jurunilai bebas berpangkalan di United Kingdom, Winterbothams. 

Pada 19 Oktober 2018, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa kerajaan dan Kumpulan 1MDB adalah pemilik benifisiari kapal Equanimity.

Pada 24 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan kerajaan untuk menjual Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Low Teck Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan.

Khadijah membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah penilaian dan penjualan dikemukakan kerajaan, 1MDB, dan dua subsidiarinya, Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012. 

Melalui permohonan difailkan pada 6 Ogos lalu, mereka menamakan pemilik kapal dan syarikat Equanimity (Cayman) Ltd. beralamat di United Kingdom sebagai defendan pertama dan kedua. - UTUSAN ONLINE.