Ibu saudaranya, Akmariahton Suboh, 45, berkata, anak buahnya itu merupakan seorang gadis lembam kali terakhir dilihat di pusat pengajian al-Quran berkenaan namun tidak pulang selepas memohon kebenaran gurunya untuk keluar ke kedai berdekatan.

Katanya, Nur Mahirah disahkan menghidap sakit mental dan perlu mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Psikiatri, Hospital Melaka selain memerlukannya mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor.

"Sejak kematian ibunya pada 2015, Nur Mahirah dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya di Shah Alam, Selangor namun namun sejak awal Februari lalu berikutan beberapa masalah lain timbul dia kemudian diambil kembali untuk dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Selepas kira-kira sebulan, kami mengambil Nur Mahirah untuk menjaganya dan menghantar gadis ini ke pusat pengajian tahfiz bagi membimbing dan merawatnya, tetapi baru sahaja empat hari di situ, dia telah menghilangkan diri," katanya ketika ditemui di Pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka di sini, sebentar tadi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Mahirah boleh terus menghubungi Akmariahton di talian 017–6433272 atau talian hotline Pembela BN Melaka di nombor 1-300-222-352. - UTUSAN ONLINE