Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail berkata, jumlah peningkatan populasi tersebut  bakal membawa cabaran lebih besar dalam urbanisasi termasuk aspek pengurusan sampah dan sisa pepejal, kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, kekurangan sumber air serta kekurangan rumah mampu milik.

Katanya, negara juga berdepan cabaran lain apabila Malaysia bakal menjadi  negara tua pada 2030 dengan menyaksikan 15.3 peratus daripada jumlah seluruhan  penduduk  berumur 60 tahun keatas.

“Selain peningkatan warga emas, jumlah isi rumah juga bertambah kecil.Aspek perumahan akan mengalami perubahan.

“Kita memerlukan kemudahan untuk menggalakkan interaksi sosial terutama dalam komuniti warga emas,” katanya semasa berucap dalam majlis perasmian Forum Bandar Malaysia 2019 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.