Beliau mendakwa, permohonan itu bukan sukar untuk diluluskan, namun pihak terlibat sengaja memberikan alasan masalah dalaman PPBM dan DAP untuk menolak permohonan berkenaan.

“Kalau kita lihat Pakatan Harapan tidak dibenar untuk ditubuhkan...kenapa? Dia (BN) takut? Dia takut kerana bila mana dilihat gabungan empat parti sudah bersatu hati tentang kleptokrasi cukup besar dalam negara kita. Maka, mereka berasa takut dan macam-macam perkara mereka lakukan.

“Apa yang susah sangat untuk luluskan sebuah parti, bukan satu perkara yang susah sangat tetapi hampir sudah berapa lama tarikh kita kemukakan kepada ROS, sampai hari ini tidak diberikan kelulusan langsung, malah diberikan sebab masalah dalaman PPBM dan DAP...itu hanya dalih yang dicari mereka untuk mengatakan Pakatan Harapan tidak akan dibentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan Johor di sini sebantar tadi. - UTUSAN ONLINE