Azlan mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga mereka iaitu Muhamad Alif Malek; Abdul Halim Badruddin dan Erwan Mohd. Hasnoor serta jurulatih acara olahraga, Affizam Hamdan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Rela Ahmad.

Affizam ketika ditemui merasa bangga dengan kejayaan anak-anak didiknya iaitu Muhammad Alif, Abdul Halim dan Erwan yang ketiga-tiganya merupakan pertama kali menyertai sukan di peringkat antarabangsa.

"Walaupun pertama kali tetapi mereka membuktikan kemampuan dengan memenangi pingat-pingat. Tidak mustahil mereka juga mampu muncul juara dunia seperti mana atlet kelahiran Perlis, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly," katanya.

Muhamad Alif meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki T36 (cerebral palsy) dan Abdul Halim - dua pingat gangsa dalam acara 400m dan 800m lelaki T38 (cerebral palsy).

Erwan pula meraih satu pingat gangsa dalam acara 100m lelaki T38 (cerebral palsy). - UTUSAN ONLINE