Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin  berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Faizal Mokhtar,47, menaiki bot untuk memancing di sungai berkenaan.

"Bot dinaiki mangsa dipercayai terbalik selepas melanggar tali empangan pasir menyebabkannya tercampak ke dalam sungai.

"Pada masa ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di sekitar sungai berkenaan,"katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE