Kumar, 38, mewakili pasukan kebangsaan sejak 1999 dan sehingga kini mempunyai 295 cap mewakili Malaysia manakala Eyin, 21, adalah juara dunia wushu sebanyak dua kali pada tahun ini dan 2013 dan naib juara pada 2015.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan piala pusingan dan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada Kumar dan Eyin.

Majlis itu turut meraikan para pemenang pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan Sukan Para Asean 2017 khas untuk atlet dari negeri ini.

Dalam KL2017, atlet dari negeri ini meraih sebanyak 16 pingat emas, perak (13) dan gangsa (11) manakala sebanyak empat pingat emas, perak (enam) dan gangsa (tiga) diperoleh dalam Sukan Para Asean 2017.

Pemenang pingat emas individu menerima wang tunai RM5,000, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,500) sementara kategori berpasukan menerima RM3,000 untuk pemenang emas, RM1,500 (perak) dan RM1,000 (gangsa).

Majlis hari ini dimeriahkan dengan penghargaan kepada 10 atlet lagenda yang pernah mengharumkan nama negeri ini sejak tahun 50-an dan 50 atlet Jasamu Dikenang.

Atlet lagenda menerima RM1,000 manakala dan RM500 untuk Jasamu Dikenang. - UTUSAN ONLINE