Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan berkata, jumlah calon yang lulus penuh satu hingga lima mata pelajaran turut bertambah sebanyak 0.35 peratus, iaitu daripada 98.74 peratus pada STPM 2015 menjadi 99.09 peratus pada STPM 2016.

Katanya, sebanyak 60 daripada 85 buah sekolah di negeri ini telah mencapai kelulusan penuh 100 peratus.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan STPM 2016 di Jabatan Pendidikan negeri, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE