Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kunjungan itu sebenarnya bagi memberi pendedahan kepada pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk belajar cara membanteras judi haram dari negara lain.

"Kunjungan itu telah ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia yang juga merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. 

"Mana-mana pegawai serta anggota PDRM yang hendak pergi ke mana-mana perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu dan saya telah dimaklumkan perkara itu," katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, di sini hari ini. 

Menurut Muhyiddin, isu judi online adalah satu isu yang besar dan taklimat dari negara lain adalah penting untuk perkongsian maklumat. 

Terdahulu, portal Sarawak Report melaporkan Mohamad Fuzi dan pegawainya menginap di Hotel Sura Hagia Sophia bertaraf empat bintang di Sultanahmet di Istanbul. 

Portal itu turut mendedahkan kadar sewa hujung minggu di hotel berkenaan dianggarkan RM685 semalam, berdasarkan sebut harga di laman web booking.com dan mendakwa kos penerbangan pergi balik mereka keseluruhannya dianggarkan lebih RM250,000. - UTUSAN ONLINE