Mangsa terdiri daripada seorang wanita kakitangan LHDN yang mengalami sakit belakang manakala seorang lelaki yang sedang berurusan di bangunan itu merasa sakit dada.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pihaknya memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum mereka dihantar ke klinik berdekatan.

"Berikutan itu satu pasukan APM dihantar ke bangunan tersebut sebelum kakitangan dan orang ramai diarahkan untuk  mengosongkan bangunan LHDN itu.

"Bangunan LHDN itu disahkan selamat oleh pihak bomba pukul 12.45 tengah hari tadi," demikian menurut kenyataan tersebut di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE